Rukuk dan berdirinya si hamba Allah ini sudah tiada banyak bezanya lagi. Hatiku sedih bercampur terharu. Dengan keadaannya yang serba lemah dan tua, si tua ini tetap istiqamah dalam ibadatnya kepada Yang Satu.
Setiap kali sesudah selesai bacaan doa selepas solat witir, si tua ini akan bersusah-payah, sedaya-upaya berusaha untuk bangun dan bersalam dengan jemaah yang lain. Kadang, oleh kerana pergerakannya yang sangat lambat, dia hanya mampu berjabat tangan dengan dua atau tiga orang sahaja.
Mulai semalam aku cuba untuk duduk dekat dengannya, entah kenapa, aku tak pasti.
Pernah suatu ketika, selepas pulang dari masjid, aku menukar pakaian dan bersiap-siap untuk keluar rumah. Dalam perjalananku keluar aku terlihat susuk tubuh yang sangat aku kenal, si tua itu, masih dalam perjalanannya pulang dari masjid, bergerak perlahan setapak demi setapak dengan wajah yang hampir menyembah tanah.
Aduh, lagi hatiku remuk. Betapa kudrat si dia yang satu ini tak pernah menjadi halangan untuk ke rumah Allah.
Malam pertama Ramadhan aku pernah berfikir, adakah aku mahu ke masjid ataupun tidak. Di hati berasa malas tak semena-mena. Cukuplah solatku cuma seorang-seorang di bilik tidur, berkata aku dibenakku.
Apakah jadahnya? Aku yang muda ni malas. Padahal si tua dgn keadaannya yang tak mengizinkan, tekad ke sana.
Nasibku baik. Status facebookku dibalas dengan nasihat daripada teman-teman:
Mohd Uda
I am thinking whether want to go to the mosque for tarawih or not. it's 1st of Ramadan tonight.
21 August at 18:33 via Twitter ·
comments:
don think...juz go
g je uda..
must go!!!!!!
isk2...nak jmpa awek xyah pikir nak p ke xnak...tp nak p solat tarawih pun nak kena pikir byk mcm ni...xkan la nak tggu umur 50 bru xyah pikir kot 2pun kalu sempat...beribadatlah kamu seperti itu adalah ibadat terakhir kamu...
gi r...pemalas...cube r jd mcm aku
hehe insaf plak dgr murshikidal bg ceramah. alar ingat nak wat kat rumah jer 1st night. kat masjid ramai org sgt la awal2 ni.. =p
bagos la jemaah ramai..ape la uda ni...
btol2.g jemaah tau ude.klau blh g jd imam trus.lg bgus..
baiklah kawan2 ku. trima kasih atas nasihat. td memang cam 75% malas nak gi, skrg da tggl 10%. jom gi masjid! :)
Alhamdulillah~ =p