Showing posts with label bahasa. Show all posts
Showing posts with label bahasa. Show all posts

29 August 2009

Si Tua

Setelah aku selesai menoleh ke kanan dan ke kiri memberi salam, mata aku tertumpu pada seorang tua yang sedang kusyuk beribadat. Aku tersedar akan kehadiran dia di dalam masjid ini sejak beberapa malam sebelum ini. Entah kenapa tanpa sebab yang pasti, hati aku luluh ketika terlihat kelibat si tua ini yang terbongkok berdiri di hadapan Tuhannya.

Rukuk dan berdirinya si hamba Allah ini sudah tiada banyak bezanya lagi. Hatiku sedih bercampur terharu. Dengan keadaannya yang serba lemah dan tua, si tua ini tetap istiqamah dalam ibadatnya kepada Yang Satu.

Setiap kali sesudah selesai bacaan doa selepas solat witir, si tua ini akan bersusah-payah, sedaya-upaya berusaha untuk bangun dan bersalam dengan jemaah yang lain. Kadang, oleh kerana pergerakannya yang sangat lambat, dia hanya mampu berjabat tangan dengan dua atau tiga orang sahaja.

Mulai semalam aku cuba untuk duduk dekat dengannya, entah kenapa, aku tak pasti.

Pernah suatu ketika, selepas pulang dari masjid, aku menukar pakaian dan bersiap-siap untuk keluar rumah. Dalam perjalananku keluar aku terlihat susuk tubuh yang sangat aku kenal, si tua itu, masih dalam perjalanannya pulang dari masjid, bergerak perlahan setapak demi setapak dengan wajah yang hampir menyembah tanah.

Aduh, lagi hatiku remuk. Betapa kudrat si dia yang satu ini tak pernah menjadi halangan untuk ke rumah Allah.

Malam pertama Ramadhan aku pernah berfikir, adakah aku mahu ke masjid ataupun tidak. Di hati berasa malas tak semena-mena. Cukuplah solatku cuma seorang-seorang di bilik tidur, berkata aku dibenakku.

Apakah jadahnya? Aku yang muda ni malas. Padahal si tua dgn keadaannya yang tak mengizinkan, tekad ke sana.

Nasibku baik. Status facebookku dibalas dengan nasihat daripada teman-teman:






Mohd Uda
I am thinking whether want to go to the mosque for tarawih or not. it's 1st of Ramadan tonight.


21 August at 18:33 via Twitter ·
comments:



don think...juz go



g je uda..



must go!!!!!!



isk2...nak jmpa awek xyah pikir nak p ke xnak...tp nak p solat tarawih pun nak kena pikir byk mcm ni...xkan la nak tggu umur 50 bru xyah pikir kot 2pun kalu sempat...beribadatlah kamu seperti itu adalah ibadat terakhir kamu...



gi r...pemalas...cube r jd mcm aku



hehe insaf plak dgr murshikidal bg ceramah. alar ingat nak wat kat rumah jer 1st night. kat masjid ramai org sgt la awal2 ni.. =p



bagos la jemaah ramai..ape la uda ni...



btol2.g jemaah tau ude.klau blh g jd imam trus.lg bgus..



baiklah kawan2 ku. trima kasih atas nasihat. td memang cam 75% malas nak gi, skrg da tggl 10%. jom gi masjid! :)


Alhamdulillah~ =p

06 December 2008

kosong


tanpa kau hidup aku kosong.

aku sibuk tapi hidup aku kosong,
aku ketawa tapi hidup aku kosong,
aku letih dan tertidur tapi hidup aku kosong.

tanpa kau hidup aku sepi.

aku berteriak dan gelak tapi hidup aku sepi,
aku bernyanyi tapi hidup aku sepi,
aku gelak dan menjerit tapi hidup aku sepi.

tanpa kau hidup aku kaku.

aku mengayuh tapi hidup aku kaku,
aku berlari tapi hidup aku kaku,
aku tidur, berjalan dan bermimpi tapi hidup aku kaku.

tanpa kau hidup aku kosong!
kosong seperti tin kosong,
terapung dan bersedih,
mengenang nasib diri,
setelah dilambung ombak,
yang membawa kau pergi...